Tuesday, 3 January 2012

Imam Al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina

Dua nama tokoh yang kita pernah dgr dalam sejarah agama Islam,iaitu Ibnu Sina dan Imam AL-Ghazali.Kedua-dua tokoh ini amat disanjungi dan dikagumi pada abad ini,di atas apa yg mereka buat,apa yg mereka sumbangkan kepada masyarakat Islam hari ini amatlah tidak ternilai. Kenapa dua tokoh ini kita bincangkan pada hari ini?. Sebelum tu kita baca sedikit info-info ringkas ttg kedua-dua mereka.




























Ibnu Sina
Seperti yg kita tahu,Ibnu Sina(980-1037) (ataupun dikenali sbg Avicenna di barat) digelar bapa kedoktoran moden,juga seorang ilmuan dan ahli falsafah.Seorang yang taat beragama dan pintar sejak kecil lagi dan mempunyai daya ingatan yg kuat. Ibnu Sina dididik oleh seorang guru utk mengajarnya membaca Al-Quran dan sastera sejak umur 5 tahun lagi. Ketika berumur 10 tahun,beliau telah menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu agama.Pada umur 16 thn pula beliau sudah menguasai ilmu perubatan. Sebagai seorng Muslim,beliau sentiasa mengamalkan suruhan agama seperti solat dan sbgnya. Beliau telah menulis beberapa buah buku yg sekarangya masih diguna pakai untuk kajian pada hari ini! Antara buku-buku beliau ialah Book of Healing,Canon of Medicine dan juga  Remedeis of Heart yg mngandungi sajak-sajak perubatann.Dalam bukunya itu beliau menghuraikan dan menceritakan 760 jenis penyakit dan cara rawatanya!. (760 jenis tu! Kite entah berapa jenis je yg kita dgr).Buku-bukunya banyak diterjemah ke pelbagai bahasa utk tujuan perubatan pada masa itu. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 1037 masihi pada usia 58 tahun.(Kurang pastila dunia barat skrang ni dah iktiraf Ibnu Sina lom?..Hmmmm...any answers?)








Imam Al-Ghazali
Imam Al Ghazali(dikenali sbg Algazel di dunia barat), sebuah nama yang tidak asing di telinga kita. Tokoh terkemuka dalam bidang filsafat dan tasawuf. Memiliki pengaruh dan pemikiran yang telah menyebar ke pelusuk dunia Islam.Ayah beliau adalah seorang pengrajin kain shuf (yang dibuat dari kulit ) dan menjualnya di kota Thusi.Imam Al Ghazali memulai belajar ketika masih kecil. Mempelajari ilmu Fiqh dari Syaikh Ahmad bin Muhammad Ar Radzakani di kota Thusi. Kemudian berangkat ke Jurjan untuk mengambil ilmu dari Imam Abu Nashr Al Isma’ili dan menulis buku At Ta’liqat. Pengaruh filsafat dalam diri beliau begitu kentalnya. Beliau menyusun buku yang berisi celaan terhadap ahli falsafah, seperti kitab At Tahafut yang membongkar kekurangan falsafah. Meskipun beliau tidak menyetujui beberapa perkara berkaitan dgn pemikiran logik ahli falsafah tapi beliau menyetujui mereka dalam beberapa hal yang difikirnya benar. Beliau berpendapat,hadis-hadis nabi dapat mengalahkan ilmu ahli falsafah. Beliau juga gemar meneliti kitab Ikhwanush Shafa dan kitab-kitab Ibnu Sina. Oleh karana itu, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Al Ghazali dalam perkataannya sangat dipengaruhi filsafat dari karya-karya Ibnu Sina dalam kitab Asy Syifa’, Risalah Ikhwanish Shafa dan karya Abu Hayan At Tauhidi.” Kedudukan dan ketinggian jabatan beliau ini tidak membuatnya tunduk dan cinta dunia. Bahkan dalam jiwanya lebih mencintai ilmu daripada jawatan. Sehingga menolak jawatan tinggi dan kembali kepada ibadah, ikhlas dan perbaikan jiwa. Akhir kehidupan beliau dihabiskan dengan kembali mempelajari hadits dan mengumpull ilmu. Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadis dan menelaah kesahihan hadis tafsiran  Bukhari dan Muslim. Jika umur beliau panjang pada masa itu, nescaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Beliau tidak sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa puteri. Beliau wafat di kota Thusi, pada hari Isnin tanggal 14 Akhir tahun 505 Hijrah.






Mengapa kedua-dua tokoh agung ini kita bincangkan?
Kenapa kita membawa nama Ibnu Sina dan Al-Ghazali?. Kenapa tidak Ibnu Khaldun,Ibnu Battuta,Imam Syafie'e,Zulkarnain dan ramai tokoh-tokoh agung islam lain?. Kenapa mereka berdua?  Ini kerana ada perkara yg berkaitan dgn kedua tokoh ini. Dan saya kurang mendapat jawapan yg jelas.


Imam Al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina!
Hah? Betul ke tak ni? Xkan seorg imam agung mengatakan seorg ilmuan islam itu kafir? Tipu penulis ni. Al-Ghazali dalam bukunya Maqasid al-Falasifah mengatakan Ibnu Sina dan Al-Farabi itu kafir.
Ini kerana percanggahan ilmu falsafah Ibnu Sina menurut logik semata-mata.Kerana Ibnu Sina mengatakan alam ini Qadim.(Qadim ada 3 jenis). Juga Ibnu Sina byk mengambil ilmu daripada ilmuan-ilmuan dari Yunani,seperti Socrates,Plato,Aristotle,Pythagoras dan ramai lagi. Al-Ghazali tidak dapat menerima sumber ilmu Ibnu Sina mungkin dari unsur-unsur Yunani. Ibnu Sina juga menyetujui cara Pythagoras mengenali tuhan melalui angka-angka Matematik.Ini mungkin tidak dapat diterima pakai oleh Al-Ghazali. 

Jawapan??..Any answers??
Selebihnya saya tidak tahu apakah sebab Al-Ghazali mengakatan Ibnu Sina itu kafir. Takkan sebab unsur-unsur Yunani yg ada pada Ibnu Sina ni beliau(Al-Ghazali) mengkafirkanya. Nabi pun tidak melarang umatnya belajar ilmu bangsa lain asalkan tidak bercanggah dgn agama Islam. Nabi pernah berkata "Tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China".Di sini kita sudah tahu,negeri China pada masa itu bukan semuanya Muslim. Mustahil seorg Imam agung tidak terfikir perkara ini.Mesti ada sebab KENAPA beliau mengatakan begitu. Kenapa ya?? Saya juga seorng hamba yg ingin mencari kebenaran.Mohon maaf jika tersalah bahasa dan terlanjur perkataan.



4 comments:

The Azvector said...

Anyone can help me find the answers?

Anonymous said...

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/10/sejauhmana-kekafiran-ibnu-sina-dan-al.html?m=1

WaAllahua'lam

Unknown said...

Ada pendapat menyatakan hadis tuntutlah ilmu walau ke negeri China bukan hadis sahih. wallahuallam

Anonymous said...

Bukan ke tuntutlah ilmu sampai negeri Cina tu peribahasa Arab?